• BANNER SAMPLE PREP JAN9 2018 FINAL

  • slider composite2018 webusm

  • homeserc

  • 2

  • 3

Jemputan Menghadiri 3rd AMDI International Biohealth Sciences Conference 2018(IBSC2018)

Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM) akan menganjurkan 3rd Advanced Medical and Dental Institute (AMDI) InternationalBiohealth Science Conference (IBSC) dengan tema “Emerging Infectious Diseases” pada 18 - 20 Januari 2018 di Hotel Riverside Majestic Kuching, Sarawak. Kuching, Sarawak adalah merupakan pusat tumpuan aktiviti pelancongan yang terkemuka di Negara ini dan ditambah lagi dengan kepelbagaian etnik, kebudayaan dan biodiversiti maka ianya memberi satu keunikan bagi persidangan ini. Salah satu perkara yang menarik dalam persidangan ini adalah program pra-persidangan yang akan berlangsung buat pertama kali dan bertemakan "1st International Symposium on Herbal Medicine".

Sila layari laman sesawang http://www.amdi.usm.my/index.php/ibsc18 atau hubungi sekretariat IBSC 2018 di talian dan emel berikut Tel: +604-5622386 ; +604-5622305 dan e-mail: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk butiran lanjut. Sekian, terima kasih

postercon0407

Seminar on Determination of Minerals and Heavy Metals Contents in Fresh Water, Waste Water, Cosmetic, and Food 2017

Pusat Penyelidikan Sains dan Kejuruteraan (SERC) akan menganjurkan satu seminar bertajuk "Seminar on Determination of Minerals and Heavy Metals Contents in Fresh Water, Waste Water, Cosmetic, and Food 2017” pada ketetapan berikut: 

 Tarikh : 26 April 2017 – 28 April 2017
 Masa : 9:00pg - 5:00ptg
 Tempat : Dewan Seminar, Pusat Penyelidikan Sains dan Kejuruteraan (SERC), Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia
 
DOWNLOAD FORM  
 
 
 
Tujuan seminar ini diadakan untuk memberi pengetahuan (teori dan praktikal) tentang penggunaan ICP-MS dalam menentukan kandungan logam berat dalam air tawar, air sisa, kosmetik dan makanan. Seminar ini diadakan dengan harapan dapat membantu penyelidik menggunakan peralatan ini dalam penyelidikan sainstifik mereka. Selain itu, dapat juga membuka peluang untuk sainstis, penyelidik, pensyarah dan pelajar untuk berdiskusi dan berkongsi pengetahuan tentang isu-isi berkaitan seminar ini.

Continue Reading

Malaysia Toray Science Foundation (MTSF) 2017

Malaysia Toray Science Foundation (MTSF) established in 1993 is a premier charitable science foundation sey up by Toray,Japan with the primary objective of advancing science and technology in Malaysia.
Following the success of its past program,MTSF shall once again be conducting its 24th Program in Year 2017.Eligible Malaysian Scientist,Young Researchers,Science Educators and Teachers,currently residing in Malaysia are hereby invited to apply for the following prestigious cash prizes and research grants.
For more information about 24th Program Year 2017 : http://www.mtsf.org/

Continue Reading

1st International Conference on Applied & Industrial Mathematics and Statistics 2017 (ICOAIMS 2017)

Jemputan menyertai 1st International Conference on Applied & Industrial Mathematics and Statistics 2017 (ICOAIMS 2017)

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
Jawatankuasa persidangan secara rasminya ingin menjemput Y.Bhg. Prof./Prof. Madya/Dr. untuk menyertai “1st International Conference on Applied & Industrial Mathematics and Statistics 2017 (ICoAIMS 2017) yang akan diadakan pada:

Tarikh : 8 Ogos 2017 - 10 Ogos 2017
Tempat : Vistana Kuantan City Centre. Jalan Teluk Sisek,25000 Kuantan Pahang,MALAYSIA
Website: http://icoaims.ump.edu.my/

Matlamat persidangan yang diadakan selama tiga hari ini adalah untuk mengumpul penyelidik daripada seluruh dunia untuk berkongsi idea-idea matematik serta pengalaman penyelidikan.Persidangan ini juga akan memfokuskan tetapi tidak terhad kepada bidang kejuruteraan & Gunaan Industri ,Matematik Tulen ,Matematik Gunaan,Matematik Komputasi,Statistik,Penyelidikan Operasi dan Pendidikan Matematik.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan tentang persidangan ini, Y.Bhg. Prof./Prof. Madya/Dr. boleh menghubungi di talian +609-5492203 (Prof.Madya Dr. Mohd. Zuki Salleh) atau emel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. . Terima kasih dan semoga berjumpa di persidangan nanti.

ICoAIMS 4 1

HEBAHAN AWAL SKIM GERAN PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL FASA 2017

Adalah dimaklumkan bahawa pada Pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan membuka Permohonan Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Fasa 2017 pada awal tahun depan. Susulan daripada Pembukaan tersebut, pihak universiti ingin memohon pihak Y Bhg. Dato’/Datin/Profesor/Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan dapat membuat persediaan awal. Ini kerana Pihak Kementerian akan membuka permohonan dalam tempoh yang singkat sahaja. Y Bhg. Dato’/Datin/Profesor/Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan boleh membuat permohonan secara draf di dalam sistem MyGrants terlebih dahulu. Hebahan rasmi akan dikeluarkan selepas menerima maklumat daripada pihak Kementerian.

Sekian, terima kasih.