Seminar on Determination of Minerals and Heavy Metals Contents in Fresh Water, Waste Water, Cosmetic, and Food 2017

Pusat Penyelidikan Sains dan Kejuruteraan (SERC) akan menganjurkan satu seminar bertajuk "Seminar on Determination of Minerals and Heavy Metals Contents in Fresh Water, Waste Water, Cosmetic, and Food 2017” pada ketetapan berikut: 

 Tarikh : 26 April 2017 – 28 April 2017
 Masa : 9:00pg - 5:00ptg
 Tempat : Dewan Seminar, Pusat Penyelidikan Sains dan Kejuruteraan (SERC), Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia
 
DOWNLOAD FORM  icon new
 
 
 
Tujuan seminar ini diadakan untuk memberi pengetahuan (teori dan praktikal) tentang penggunaan ICP-MS dalam menentukan kandungan logam berat dalam air tawar, air sisa, kosmetik dan makanan. Seminar ini diadakan dengan harapan dapat membantu penyelidik menggunakan peralatan ini dalam penyelidikan sainstifik mereka. Selain itu, dapat juga membuka peluang untuk sainstis, penyelidik, pensyarah dan pelajar untuk berdiskusi dan berkongsi pengetahuan tentang isu-isi berkaitan seminar ini.

Skop seminar:

Seminar 3 hari ini mencakupi teori dan praktikal tentang ICP-MS dan analisis berkenaan dengan beberapa topik berikut:
    • Penyediaan sampel bagi alatan tersebut untuk dianalisis
    • Bahagian teknikan bagi ICP-MS
    • Pengumpulan data dan mengintepretasi data
dan juga termasuk seminar oleh Perkin Elmer yang bertajuk “Waste Water/ Schedule Waste/ Recycling” pada 27 April 2017.

Kami menjemput tuan puan untuk ke seminar tersebut dan mohon untuk disebarkan tentang jemputan ini kepada mereka yang berminat. Untuk tujuan pendaftaran, tuan puan perlu memuat turun borang  dan mengembalikan kepada sekreteriat seminar, Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau fax kepada 04-599 6915.
 
posternewblack800600