Jemputan Menghadiri 3rd AMDI International Biohealth Sciences Conference 2018(IBSC2018)

Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM) akan menganjurkan 3rd Advanced Medical and Dental Institute (AMDI) InternationalBiohealth Science Conference (IBSC) dengan tema “Emerging Infectious Diseases” pada 18 - 20 Januari 2018 di Hotel Riverside Majestic Kuching, Sarawak. Kuching, Sarawak adalah merupakan pusat tumpuan aktiviti pelancongan yang terkemuka di Negara ini dan ditambah lagi dengan kepelbagaian etnik, kebudayaan dan biodiversiti maka ianya memberi satu keunikan bagi persidangan ini. Salah satu perkara yang menarik dalam persidangan ini adalah program pra-persidangan yang akan berlangsung buat pertama kali dan bertemakan "1st International Symposium on Herbal Medicine".

Sila layari laman sesawang http://www.amdi.usm.my/index.php/ibsc18 atau hubungi sekretariat IBSC 2018 di talian dan emel berikut Tel: +604-5622386 ; +604-5622305 dan e-mail: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk butiran lanjut. Sekian, terima kasih

postercon0407