TAWARAN BIASISWA ISLAMIC DEVELOPMENT BANK (IDB ) BAGI PENGAJIAN PhD dan POSTDOCTRAL

Untuk makluman YBhg.Dato'/Datin/ Prof/ Dr/Tuan/Puan, Bank Pembangunan Islam (IDB) di bawah Merit Scholarship Programme (MSP) telah menawarkan biasiswa bagi melanjutkanpengajian di peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) dan juga bagi pemegang ijazah PhD mengikuti Penyelidikan Pasca-Kedoktoran (Post-Doctoral Research) secara sepenuh masa dalam bidang pendidikan berkaitan bagi tahun akademik 2018-2019. Biasiswa ini akan dianugerahkan kepada pemohon yang berjaya berkuatkuasa September 2018.

 

SYARAT PERMOHONAN
Calon-calon yang berkelayakan perlu memenuhi kriteria asas berikut:

i.Berumur tidak melebihi 35 tahun bagi memohon pengajian PhD;
ii.Berumur tidak melebihi 40 tahun bagi memohon Penyelidikan Pasca-Kedoktoran (Post-Doctoral Research);
iii.Mempunyai latarbelakang akademik dalam bidang berkaitan dengan cadangan pengajian/ penyelidikan; dan mempunyai pengalaman/ profesional dalam bidang masing-masing;
iv.Menunjukkan cadangan penyelidikan yang memenuhi keutamaan objektif pembangunan negara;
v. Mempunyai penguasaan bahasa yang baik yang diperlukan institusi pengajian serta berkeupayaan mengendalikan penyelidikan dengan baik;
vi.Permohonan mestilah mendapat kebenaran Ketua Jabatan;


BIDANG PENGAJIAN/ PENYELIDIKAN
Bidang pengajian/ penyelidikan di bawah program MSP ini ditentukan oleh keperluan keutamaan pembangunan negara sejajar dengan IDB Vision 1440H, IDB 10-Year Strategic Plan, Presidency 5-Year Plan and Sustainable Development Goals (SDGs). Calon-calon yang terpilih mesti menjalankan projek penyelidikan dalam bidang pengajian berikut:

i.Pertanian Lestari (Sustainable Agriculture);
ii.Pendidikan (Education);
iii.Pendidikan untuk Pembangunan Mampan (Education for Sustainable Development);
iv.Perubahan Iklim (Climate Change);
v.Tenaga (Energy);
vi.Bandar Mampan (Sustainable Cities);
vii.Pertumbuhan Bertanggungjawab (Responsible Growth);
viii.Pengurusan Sisa (Waste Management);
ix.Perkembangan Populasi (Population Growth);
x.Kimia Hijau (Green Chemical);
xi.Biodiversiti (Biodiversity);
xii.Pencemaran Plastik dan Mikroplastik (Plastic Pollution and Microplastics);
xiii.Air dan Kebersihan (Water and Hygiene);
xiv.Kesihatan (Health);
xv.ICT untuk Pembangunan (ICT for Development);
xvi.Inovasi dan Pembangunan Infrastruktur (Innovation and Infrastructure Development);
xvii.Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Islam (Islamic Economics, Finance and Banking); dan
xviii.Sains Sosial Berkaitan Pembangunan (Development-Related Social Sciences)

*Maklumat lanjut berkaitan penawaran boleh dilihat dari pautan berikut:
http://www.isdb.org/irj/portal/anonymous?NavigationTarget=navurl://c28c70fde436815fcff1257ef5982a08

TEMPAT PENGAJIAN
Biasiswa ini ditawarkan bagi sesi pengajian di institusi terkemuka di negara maju atau negara ahli IDB. Namun begitu, keutamaan akan diberikan kepada calon Ph.D. yang telah mendapat tawaran pengajian di universiti yang mempunyai kerjasama dengan IDB seperti berikut:

i.University of Cambridge, United Kingdom;
ii.University of Birmingham, United Kingdom;
iii.Queen Mary University of London, United Kingdom;
iv.Imperial College London, United Kingdom;
v.Copenhagen University, Denmark;
vi.Princeton University, USA, KAUST, Saudi Arabia; dan
vii.McGill University, Canada.

PENAJAAN
Pembiayaan biasiswa MSP ini adalah meliputi bayaran yuran pengajian, elaun sara hidup bagi pemohon sahaja (single-status basis), insurans kesihatan dan tiket kapal terbang pergi-balik, elaun menghadiri persidangan dan elaun penyediaan penerbitan.


BORANG PERMOHONAN
Sila muatturun borang permohonan pengajian PhD dari pautan berikut:
http://www.isdb.org/irj/go/km/docs/documents/IDBDevelopments/Internet/English/IDB/CM/ScholarshipAndAssistance/Scholarship/MSP/ApplicationPhd.pdf

Sila muatturun borang permohonan penyelidikan Postdoctoral dari pautan berikut:
http://www.isdb.org/irj/go/km/docs/documents/IDBDevelopments/Internet/English/IDB/CM/ScholarshipAndAssistance/Scholarship/MSP/ApplicationPostDoc.pdf

 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Sila lengkapkan borang permohonan disertakan kelulusan ketua jabatan dan lampiran dokumen berkaitan selewat-lewatnya pada 8 Februari 2018 dan kembalikan kepada :

Unit Pembangunan Staf
Bahagian Sumber Manusia
Aras 4, Bangunan Canselori
Universiti Sains Malaysia
11800 Pulau Pinang

Permohonan calon-calon akan disalurkan segera kepada pihak Kementerian Kewangan Malaysia untuk pertimbangan dan keputusan pihak IDB selanjutnya.
Sekian dimaklumkan, terima kasih.