Skip to main content

Pusat Penyelidikan Sains & Kejuruteraan
Science & Engineering Reseach Center (SERC)

Demonstration and Hand-On Application of Microwave Digestor dari Gaia Science (M) Sdn. Bhd.

Gambar demonstration

Pada 23 -24 Januari 2019 yang lalu, ‘Demonstration and Hand-On Application of Microwave Digestor’ telah dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan Sains dan Kejuruteraan (SERC) dengan kerjasama dari Gaia Science (M) Sdn. Bhd. Program ini telah dijalankan di SERC dan peserta yang hadir adalah seramai 12 orang.

Penceramah untuk program ini ialah Cik Soon Yew Wai yang merupakan Product Specialist dan Encik Megan Lee dari Gaia Science (M) Sdn Bhd.

Program ini dijalankan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai teori dan aplikasi bagi alatan ‘Mars 6 – Microwave Digestor’. Peserta turut didedahkan mengenai prosedur untuk penyediaan sampel pepejal bagi analisis menggunakan Inductively Coupled Plasma Mass Spectroscopy (ICP- MS) menggunakan Microwave Digestor.

Demonstrasi untuk menggunakan Microwave Digestor turut dijalankan untuk peserta melihat sendiri bagaimana proses dalam menggunakan alatan ini. Selepas sesi demonstrasi, peserta telah diberi peluang untuk menjalankan sendiri penyediaan sampel dengan tunjuk ajar dari penceramah.

Terdapat juga peserta yang memberi sampel mereka sendiri iaitu cellulose paper dan zircon mineralm untuk tujuan ujian saringan system Microwave Digestor tersebut.