Skip to main content

Pusat Penyelidikan Sains & Kejuruteraan
Science & Engineering Reseach Center (SERC)

SEMINAR ON HIGH RESOLUTION TRANSMISSION ELECTRON MICCROSCOPY ANALYSIS ANALYSIS (HRTEM 2019)

 

DSC04111

 

Pusat Penyelidikan Sains dan Kejuruteraan (SERC) telah menganjurkan “Seminar On High Resolution Transmission Electron Microscopy Analysis “(HRTEM 2019) yang telah berlangsung selama 4 hari untuk 2 sesi iaitu pada 12 Mac –15 Mac 2019 dan merupakan penganjuran kali yang ke 4 oleh SERC setelah mendapat sambutan yang hangat oleh para peserta pada sebelum ini. Pertama kali seminar ini diadakan adalah pada tahun 2013, dan seterusnya pada tahun 2014 dan 2015.

Pakar bagi alatan HRTEM iaitu Dr Satosi Ichikawa dari Research Institute of Electrochemical Energy, AIST Kansai, National Institute of Advanced Industrial Science and Technology, Osaka, Jepun telah dijemput sebagai penceramah untuk seminar ini.

123

Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi USM, Profesor Ir. Dr Abdul Rahman Mohamed telah hadir bagi merasmikan dan memberi sokongan kepada seminar ini.

Penganjuran kali ini telah mencapai jumlah peserta seramai 30 orang. Peserta telah dibahagikan kepada 2 sesi di mana sesi 1 dijalankan pada 12-13 Mac 2019 manakala sesi 2 dijalankan pada 14-15 Mac 2019. Pembahagian peserta mengikut sesi ini adalah bagi memberi keselesaan dan fokus yang lebih mendalam kepada peserta berkenaan teori dan praktikal yang akan diberikan.

Seminar ini bertujuan memberi pengetahuan kepada para penyelidik USM tentang teori dan praktikal mengenai analisis menggunakan alatan “High Resolution Transmission Electron Microscope (HRTEM)”. Penyertaan para penyelidik dan pelajar Ijazah Tinggi dalam seminar ini, membolehkan mereka menghasilkan output penyelidikan yang berimpak tinggi, seterusnya meningkatkan mutu penyelidikan universiti.

Para peserta juga telah diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman bagaimana untuk mengendalikan alatan HRTEM yang jarang sekali dapat dirasai.

hrtem