Skip to main content

Pusat Penyelidikan Sains & Kejuruteraan
Science & Engineering Reseach Center (SERC)

LAWATAN DELEGASI AKADEMIA UNIVERSITAS SULTAN AGENG TIRTAYASA (UNTIRTA), INDONESIA KE MAKMAL SERC

Delegasi dari Indonesia

Pada 29 April 2019: Seramai 5 orang Delegasi Akademia dari Universitas  Sultan Ageng Tirtayasa (Untirta) telah mengadakan lawatan ke Makmal Pusat Penyelidikan Sains dan Kejuruteraan (SERC). Pengarah Pusat Pemindahan Ilmu, Professor Dr. Haslan bin Abu Hasan dari USM Kampus Induk turut mengiringi delegasi ini dalam lawatan tersebut.Tujuan lawatan tersebut adalah untuk melawat makmal dan fasiliti yang ada di SERC serta diberi pendedahan berkenaan perkhidmatan ujian dan analisis yang ditawarkan di pusat perkhidmatan ini.

Turut hadir mengiringi lawatan tersebut adalah Profesor Dr Azlina bt Harun @ Kamaruddin, Pengarah Pusat Penyelidikan Sains dan Kejuruteraan (SERC) bersama-sama dengan beberapa orang pensyarah dari USM dan  pegawai-pegawai di SERC.