Skip to main content

Pusat Penyelidikan Sains & Kejuruteraan
Science & Engineering Reseach Center (SERC)

LAWATAN NAIB CANSELOR USM, PROF. DR. FAISAL RAFIQ MAHAMD ADIKAN KE PUSAT PENYELIDIKAN SAINS DAN KEJURUTERAAN (SERC)

2
 
10 Disember 2019, Selasa - Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan telah mengadakan lawatan rasmi ke Pusat Penyelidikan Sains dan Kejuruteraan (SERC).

Tujuan kunjungan ini adalah untuk turun padang (touch base) ke SERC bagi mendengar secara terus profil jabatan. Pengarah SERC, Profesor Datin Dr. Azlina Bt. Harun @ Kamarudin telah memberi pembentangan secara menyeluruh mengenai SERC kepada YBrs. Naib Canselor. Staf SERC yang turut hadir bersama dalam pembentangan tersebut terdiri daripada Ketua Pegawai Sains, Puan Hariy Pauzi dan 4 orang pegawai penyelidik.

Pembentangan tersebut merangkumi sejarah, pencapaian dan cabaran SERC untuk berdiri teguh dalam menjadi Pusat Perkhidmatan yang memberi perkhidmatan dengan berfokuskan penjanaan kewangan.

Hadir bersama bagi mendengar pembentangan SERC adalah Pengarah Kampus Kejuruteraan USM, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria dan Dr. Amir Imran Bin Zainoddin, Ketua Penolong Pendaftar Kampus Kejuruteraan USM.

 
3