Skip to main content

Pusat Penyelidikan Sains & Kejuruteraan
Science & Engineering Reseach Center (SERC)

Lawatan dari Institute of Nano Optoelectronics Research and Technology (INOR), USM ke Pusat Penyelidikan Sains dan Kejuruteraan (SERC)

lawatan dari INOR

26 Disember 2019 –Institute of Nano Optoelectronics Research and Technology (INOR), Universiti Sains Malaysia telah berbesar hati untuk melawat SERC pada bulan disember yang lepas.

Lawatan tersebut diketuai oleh Profesor Dr. Zainuriah Hassan, Pengarah INOR bersama –sama dengan 8 orang pensyarah dan 3 orang Pegawai Penyelidik. Pengarah SERC, Profesor Datin Dr. Azlina bt Harun @ Kamaruddin telah memberi penerangan ringkas berkaitan fungsi pusat perkhidmatan dan alatan serta fasiliti yang ada di SERC dan seterusnya dibawa ke makmal-makmal SERC untuk lawatan.

Perbincangan yang dilakukan oleh kedua-dua belah pihak turut mengandungi intipati dalam membincangkan potensi kolaborasi antara INOR dan SERC terutama dari segi perkhidmatan ujian dan analisis.