Skip to main content

Pusat Penyelidikan Sains & Kejuruteraan
Science & Engineering Reseach Center (SERC)

Lawatan dari Lestari Aero Technology PLT Sdn Bhd.

lawatan dari Lestari Aero Technology PLT

27 Disember 2019 –Pusat Penyelidikan Sains dan Kejuruteraan (SERC) telah menerima kunjungan dari Syarikat Lestari Aero Technology PLT Sdn Bhd dari Cyberjaya, Selangor.

Tujuan utama lawatan tersebut adalah untuk mendapat pendedahan berkenaan alatan-alatan yang berada di SERC dan keupayaan alatan-alatan tersebut dalam menjalankan ujian dan analisis. Lawatan tersebut dihadiri oleh 2 orang wakil dari syarikat tersebut dengan diketuai oleh Puan Noriza Dani, Pengarah Bahagian ICT dan Human Capital, Lestari AeroTechnology.
Lawatan ini dimulai dengan lawatan ke makmal-makmal di SERC dengan diiringi oleh Pengarah SERC, Profesor Datin Dr Azlina binti Harun @ Kamaruddin. Antara alatan yang terlibat semasa lawatan tersebut adalah HRTEM (High Resolution Transmission Electron Microscopy), FESEM (Field Emission Scanning Electron Microscopy), XPS (X-Ray Photoelectron Spectroscopy) dan ICP-MS (Inductive Coupled Plasma Spectrometer).
Seterusnya, penerangan ringkas berkenaan SERC diberikan oleh Pengarah SERC selepas lawatan ke semua makmal selesai. Profesor Dr Mohd Azmier bin Ahmad, pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia turut hadir semasa lawatan tersebut.