Skip to main content

Pusat Penyelidikan Sains & Kejuruteraan
Science & Engineering Reseach Center (SERC)

LAWATAN UNIMAP KE PUSAT PENYELIDIKAN SAINS DAN KEJURUTERAAN (SERC)

UNIMAP 3

Pada 24 April 2019, SERC telah menerima kunjungan dari Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) seramai 4 orang. Mereka terdiri daripada staf-staf dari universiti berkenaan.

Tujuan utama lawatan mereka ke SERC adalah untuk mengadakan perkongsian ilmu berkaitan dengan pengoperasian alatan ICP-MS (Inductively Coupled Plasma Mass Spectroscopy. Alatan ICP-MS ini telah menarik minat mereka untuk hadir melawat di SERC bagi melihat sendiri alatan tersebut di samping berkongsi pengalaman dan ilmu tentang alatan tersebut bersama staf SERC.

Di samping itu, delegasi tersebut turut dibawa melawat ke makmal-makmal lain di SERC bagi memberi pendedahan kepada mereka tentang alatan-alatan lain yang turut ada di SERC.
Pihak SERC telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada delegasi dari UNIMAP kerana sudi hadir untuk melawat makmal-makmal dan alatan di SERC.

         UNIMAP 2UNIMAP 1