Skip to main content

Pusat Penyelidikan Sains & Kejuruteraan
Science & Engineering Reseach Center (SERC)

Lawatan dari Universiti Malaysia Sabah (UMS)

3 Februari 2023 | Pusat Penyelidikan Sains dan Kejuruteraan (SERC) telah menerima kunjungan lawatan dari Universiti Malaysia Sabah (UMS). Lawatan tersebut diketuai oleh Profesor Madya Dr Jidon @Adrian bin Janaun, Pengarah Pusat Pengurusan Inovasi dan Perkomersilan UMS bersama –sama dengan Pegawai nasihat Undang-Undang UMS iaitu En Awang Suhaizam Bungso. Mereka diiringi oleh En Mohd Izwan bin Hamdan.

Tujuan lawatan tersebut adalah untuk melawat fasiliti di SERC dan meninjau pejabat Pusat Inovasi dan Perundingan (CIC ) untuk dijadikan model CIC di UMS. Di samping itu mereka juga dibawa melawat makmal alatan Field Emission Scanning Electron Microscopy (FESEM) dan Makmal Astra Zeneca di SERC.

4 2