Skip to main content

Pusat Penyelidikan Sains & Kejuruteraan
Science & Engineering Reseach Center (SERC)

SERC dan Komuniti: Sumbangan kepada Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat  

13 Februari 2023 – Pertama kali untuk tahun ini, Pusat Penyelidikan Sains dan Kejuruteraan (SERC) turun padang bersama komuniti dengan memberi sedikit sumbangan kepada Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat, Pulau Pinang. Sumbangan ini berupa tiga (3) buah mikroskop bagi tujuan untuk permekasaan STEM di sekolah tersebut serta sumbangan fail untuk tujuan simpanan rekod dan dokumen sekolah. Sumbangan telah disampaikan oleh Profesor Dr Mohd Azmier bin Ahmad, Pengarah SERC ditemani Puan Hariy bin Pauzi, Ketua Pegawai Sains SERC kepada wakil sekolah iaitu Encik Zazolnizam bin Zakaria, Guru Ikon STEM KPM. Turut hadir adalah Puan Sharifah Rosemaria binti Syed Bakri, Penolong Kanan Kokurikulum dan En Alias bin Din, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Sumbangan ini diharap dapat dimanfaatkan oleh pihak sekolah dan murid-murid dengan sebaik mungkin. 

2