Skip to main content

Pusat Penyelidikan Sains & Kejuruteraan
Science & Engineering Reseach Center (SERC)

Lawatan Penanda Aras Majlis Eksekutif Pusat Pengurusan Makmal Universiti, Universiti Teknologi Malaysia

3 Mac 2023 - Pusat Pengurusan Makmal Universiti(PPMU), Universiti Teknologi Malaysia telah mengadakan lawatan penanda aras ke Pusat Penyelidikan Sains dan Kejuruteraan pada 3 Mac 2023.  Lawatan tersebut seramai 23 orang staf PPMU yang terdiri dari Pensyarah, Staf Pendtadbiran, Pegawai Penyelidik, Pegawai Sains, Jurutera, Penolong Jurutera dan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat.  

Sesi lawatan bermula di Pusat Racun Negara, Kampus Induk di sebelah pagi dan seterusnya ke SERC pada tengah hari.  Objektif lawatan adalah untuk memberi pendedahan kepada staf PPMU mengenai pengurusan dan pentadbiran makmal serta amalan penyediaan perkhidmatan makmal berkualiti serta diharap dapat mewujudkan platform jalinan kerjasama di antara Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Sains Malaysia.

Semasa lawatan di SERC, staf telah bertukar-tukar pandangan dan pendapat mengenai pengurusan makmal dan staf.  Staf PPMU di lihat sangat tertarik mengenai formula pentadbiran staf dan semangat ukhwah antara staf SERC.  Rombongan telah dibawa melawat makmal yang terdapat di SERC.

Lawatan selesai pada pukul 5:30 petang setelah acara bertukar cenderamata selesai.

DSC 6559