Skip to main content

Pusat Penyelidikan Sains & Kejuruteraan
Science & Engineering Reseach Center (SERC)

MAJLIS SYARAHAN UMUM PELANTIKAN PROFESOR DR. MOHD AZMIER AHMAD

15 Mac 2023 – Majlis Syarahan Umum Pelantikan Profesor Universiti Sains Malaysia, Kampus Kejuruteraan telah berlangsung baru-baru ini. Syarahan umum tersebut telah disampaikan oleh YBhg Profesor Dr Mohd Azmier bin Ahmad, Pengarah Pusat Penyelidikan Sains dan Kejuruteraan (SERC) yang juga Pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia. Selain itu, YBhg Profesor Ir. Dr Zainal Ahmad, Pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia juga turut menyampaikan syarahan.

Majlis gilang gemilang tersebut telah diadakan di Auditorium, Kampus Kejuruteraan pada pukul 9.15 pagi. Syarahan beliau yang bertajuk “Evolusi Rawatan Termal Sisa Pertanian dan Sisa Plastik” telah dikongsi kepada lebih 100 orang tetamu. Selain pelajar dan kakitangan Universiti, turut memeriahkan majlis adalah ahli keluarga beliau.

DSC 8431 DSC 8331